Letupan di hospital Kabul ragut 19 nyawa - Utusan Malaysia

Letupan di hospital Kabul ragut 19 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 50 yang lain cedera selepas berlaku letupan disusuli tembakan di hospital tentera terbesar di Kabul.

Pihak keselamatan Taliban berkata, letupan berlaku di pintu masuk Hospital Sardar Mohammad Daud Khan yang menempatkan 400 katil.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Qari Saeed Khosty memaklumkan pihak berkuasa dihantar ke lokasi kejadian dan jumlah mangsa kemungkinan meningkat.

Pasukan bantuan kecemasan Itali yang membina hospital tiga kilometer dari lokasi kejadian menjelaskan, seramai enam individu yang cedera menerima rawatan di hospital tersebut.

Gambar-gambar yang dikongsikan oleh penduduk setempat menunjukkan kepulan asap memenuhi segenap ruang berdekatan bekas zon diplomatik di Wazir Akbar Khan di bandar itu.

Saksi kejadian berkata, terdapat dua helikopter diterbangkan di kawasan tersebut.

Setakat ini, tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut.

Namun, difahamkan beberapa militan Daesh kelihatan memasuki kawasan hospital dan bergelut dengan pasukan keselamatan.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya