Korea Utara kecam tindakan negara longgar perintah berkurung lebih awal - Utusan Malaysia

Korea Utara kecam tindakan negara longgar perintah berkurung lebih awal

PEKERJA melakukan kerja-kerja sanitasi sebagai langkah pencegahan Covid-19 di sebuah pasar raya di Pyongyang. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara mengecam kerajaan seluruh dunia yang bertindak melonggarkan peraturan perintah berkurung Covid-19 lebih awal.

Lapor Daily Star, Korea Utara menegaskan tindakan negara berkenaan bakal menimbulkan krisis kesihatan awam yang amat serius.

Menurut Stesen Penyiaran Pusat Korea Utara (KCBS), situasi pandemik Covid-19 ketika ini berada pada tahap kritikal.

Justeru, usaha melonggarkan sebarang sekatan mampu mencetuskan jangkitan baharu yang lebih berbahaya.

Korea Utara juga mengkritik dan menyifatkan keputusan segelintir negara menarik balik peraturan penjarakan sosial sebagai `pramatang’.

“Sebahagian besar negara yang melonggarkan sekatan Covid-19 dengan menaruh harapan tinggi terhadap inokulasi vaksin bakal menghadapi krisis kesihatan awam yang teruk.

“Hakikatnya, dunia masih jauh daripada mengatasi bahaya pandemik ini,” jelas laporan itu.

Dilaporkan, Korea Utara menggesa rakyatnya untuk terus mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika negara itu bersiap sedia untuk membuka semula sempadan darat dengan China.

Bagaimanapun, agensi berita Yonhap melaporkan, lonjakan semula jumlah kes baru-baru ini berpotensi melengahkan rancangan Korea Utara untuk membuka sempadan darat negara itu.

Sebelum ini, pemerintahan Kim Jong-un mendakwa Korea Utara bebas Covid-19 dan setakat ini melaporkan sifar kes jangkitan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya