Korban perang Yaman cecah 377,000 akhir tahun ini - Utusan Malaysia

Korban perang Yaman cecah 377,000 akhir tahun ini

LAPORAN UNDP menganggarkan 70 peratus daripada individu terkorban adalah kanak-kanak dibawah usia lima tahun. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Satu laporan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan jumlah kematian akibat peperangan Yaman akan mencecah 377,000 orang menjelang akhir tahun ini.

Jumlah itu merangkumi mereka yang terbunuh disebabkan kesan secara langsung dan tidak langsung.

Laporan Program Pembangunan PBB (UNDP) menganggarkan 70 peratus daripada individu terkorban merupakan kanak-kanak dibawah usia lima tahun.

Laporan itu juga mendapati hampir 60 peratus kematian disebabkan kesan tidak langsung seperti kebuluran serta penyakit boleh dicegah dan selebihnya akibat kesan langsung seperti pertempuran hadapan dan serbuan udara.

“Dalam kes Yaman, kami percaya jumlah orang yang meninggal dunia akibat konflik melebihi angka kematian di medan perang,” kata Pentadbir UNDP, Achim Steiner.

Keadaan di Yaman dilabel oleh PBB sebagai bencana kemanusiaan paling buruk di dunia.

Laporan itu turut mengunjurkan hasil yang suram pada masa hadapan sekiranya konflik di negara itu berterusan.

Laporan itu menyatakan kira-kira 1.3 juta orang akan meninggal dunia menjelang 2030 dan 70 peratus daripada kematian itu berpunca daripada kesan tidak langsung seperti kehilangan mata pencarian, kenaikan harga makanan dan kemerosotan perkhidmatan asas se perti kesihatan dan pendidikan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya