Keluarga Palestin serahkan wang kertas era Uthmaniah 106 tahun - Utusan Malaysia

Keluarga Palestin serahkan wang kertas era Uthmaniah 106 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Sebuah keluarga Palestin dari Tebing Barat yang menyimpan sejumlah wang kertas era empayar Uthmaniah selama 106 tahun dilaporkan menyerahkan semula kepada kerajaan Turki.

Menurut agensi berita Wafa, wang tersebut ditinggalkan oleh seorang tentera Turki semasa Perang Dunia Pertama.

Lapor Middle East Monitor, keluarga Al-Aloul menyerahkan wang kertas tersebut dalam satu majlis rasmi diadakan di ibu pejabat Gabenor Nablus.

Wang kertas itu diterima oleh Konsulat Jeneral Turki di Baitulmuqaddis, Ahmet Riza Demirer.

Demirer mengucapkan terima kasih kepada keluarga Al-Aloul kerana menjaga dengan baik wang kertas itu selama lebih seabad.

Sementara itu, seorang ahli keluarga Al-Aloul, Ismail berkata, dia mewarisi amanah berkenaan daripada datuknya, Omar dan abang kepada datuk, Mutee yang menerima wang kertas tersebut sebelum tahun 1917.

“Mutee pergi bersama tentera Turki itu ke medan perang dan meninggalkan sejumlah wang kepada datuk saya.

“Tiada sesiapa kembali selepas itu, namun datuk saya memilih untuk menyimpan wang kertas tersebut yang diserahkan kepada ayah dan kemudian kepada saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya