Kanak-kanak perempuan dirogol, dibunuh dan mayatnya dimasukkan ke dalam guni - Utusan Malaysia

Kanak-kanak perempuan dirogol, dibunuh dan mayatnya dimasukkan ke dalam guni

LOKASI mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemukan di dalam guni di belakang masjid di Pacet, Bandung. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemukan dalam guni dengan keadaan tangannya diikat dan mulutnya ditutup pita pelekat di sebuah masjid, di Pacet, Bandung kelmarin.

Polis turut menemukan seluar dalam yang digantung pada dinding masjid tersebut.

Kes bermula apabila mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar pergi mengaji di masjid berkenaan.

Sehubungan itu, keluarga kanak-kanak tersebut meminta penduduk kampung mencari anak mereka sebelum karung guni berkenaan ditemukan di belakang masjid.

Ketika guni itu dibuka, penduduk kampung menemukan mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Tidak lama selepas penemuan mayat tersebut, seorang remaja lelaki ditahan polis dan dia mengaku membunuh mangsa selepas merogolnya.

Jurucakap polis Pacet, Edi Pramana mengesahkan penahan tersebut dan memaklumkan remaja lelaki itu merupakan jirannya.

“Ketika ditemukan, mayat kanak-kanak itu lengkap berpakaian, namun tidak memakai seluar dalam, selain terdapat kesan lebam pada muka dan luka di kepala.

“Ketika disoal siasat, remaja itu mengakui merogol dan membunuh mangsa kerana takut perbuatannya terbongkar,” katanya.

Edi memberitahu, remaja itu memaklumkan dia merogol mangsa kerana sering menonton cerita lucah dalam telefon bimbitnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya