Jumlah kematian akibat Covid-19 di Jerman melepasi 100,000 kes - Utusan Malaysia

Jumlah kematian akibat Covid-19 di Jerman melepasi 100,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFURT: Lebih 100,000 orang maut akibat Covid-19 di Jerman sejak pandemik bermula di negara ini.

Jerman yang merupakan ekonomi terbesar Eropah merekodkan 351 kematian akibat virus maut itu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 100,119 kes.

Kadar jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat secara mendadak, menyebabkan kebanyakan hospital berdepan masalah kekurangan katil.

Keadaan itu menyaksikan ramai pesakit Covid-19 dipindahkan ke hospital di negara jiran bagi mendapatkan rawatan.

Jerman pada minggu lalu mengumumkan sekatan Covid-19 yang lebih ketat, termasuk orang ramai perlu membuktikan mereka sudah menerima vaksin, sudah pulih atau negatif ujian Covid-19 sebelum memasuki mana-mana premis perniagaan.

Dalam pada itu, Canselor Jerman akan datang, Olaf Scholz menyuarakan sokongan untuk mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 terhadap penduduk di negara ini.

Beliau juga memaklumkan, kerajaan baharu akan melabur bilion euro untuk diberi sebagai bonus kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.