‘Jika mahu, buka di Tebing Barat’ - Utusan Malaysia

‘Jika mahu, buka di Tebing Barat’

PESERTA protes memegang plakad menyokong Palestin ketika menyertai demonstrasi menentang penindasan Israel di New York, Amerika Syarikat pada 11 Mei lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel mencadangkan supaya Amerika Syarikat (AS) membuka pejabat konsulatnya di Tebing Barat dan bukannya di Baitulmuqaddis.

Di bawah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump, Washington ‘menggembirakan penduduk Israel’ dan ‘mengecewakan rakyat Palestin’ apabila menutup konsulat Baitulmuqaddis.

Selain itu, pentadbiran Trump juga menempatkan petugas konsulat itu di dalam Kedutaan AS ke Israel yang dipindahkan ke Baitulmuqaddis dari Tel Aviv pada 2018.

Penduduk Palestin inginkan Baitulmuqaddis Timur dijadikan sebagai ibu negara Palestin pada masa akan datang.

Mereka melihat inisiatif AS untuk memindahkan kedutaannya sebagai menjejaskan aspirasi tersebut.

Di bawah pentadbiran presiden baharu iaitu Joe Biden, beliau yakin hubungan AS dan Palestin boleh berubah  menjadi lebih baik.

Biden sebelum ini memaklumkan beliau bercadang untuk membuka semula konsulat di Baitulmuqaddis, biarpun tidak menyatakan tarikh sebenar.

“Tiada tempat untuk konsulat AS di Baitulmuqaddis dan kami menyuarakan pendapat kami secara telus, konsisten dan tanpa drama,” kata Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid mencadangkan supaya pembukaan semula konsulat AS dilakukan di Ramallah di Tebing Barat.

“Sekiranya mereka (AS) ingin buka konsulat di Ramallah, kami tiada masalah,” ujarnya.

Sementara itu, jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menolak kenyataan Lapid.

Kata Nabil Abu Rudeineh, mereka hanya akan terima konsulat AS di Baitulmuqaddis yang merupakan ibu negara Palestin. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya