Israel serang pos tentera Syria - Utusan Malaysia

Israel serang pos tentera Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Tentera Syria memaklumkan Israel melancarkan serangan udara yang mengenai pos tentera di pinggir ibu kota Damsyik, awal pagi tadi.

Serangan itu menyebabkan beberapa kerosakan harta benda.

Israel melancarkan serangan kedua yang menyasarkan kawasan berdekatan ibu negara dalam tempoh empat hari.

Serangan pertama berlaku Sabtu lalu yang menyebabkan Syria terpaksa mengaktifkan sistem pertahanan negara itu apabila peluru berpandu dilancarkan pada waktu siang ke arah pinggir bandar Damsyik sehingga mencederakan dua tentera.

Tentera Syria dalam kenyataan menjelaskan serangan udara awal pagi tadi datang dari arah utara Israel dan menyasarkan pos kawalan tentera di bandar Zakia yang terletak di barat Damsyik.

Jelasnya, Israel sering melancarkan serangan ke negara itu pada waktu malam dan serangan terkini itu berlaku selepas waktu tengah malam.

Perkembangan itu menyaksikan peningkatan serangan Israel terhadap Syria dalam tempoh beberapa minggu.

Israel melancarkan ratusan serangan ke atas sasaran ketenteraan berkaitan Iran di Syria selama ini, namun, tidak pernah mengaku atau membincangkan operasi tersebut.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya