Israel bina belon peninjau gergasi kesan peluru berpandu - Utusan Malaysia

Israel bina belon peninjau gergasi kesan peluru berpandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel mengumumkan sedang melakukan persiapan untuk melancarkan belon peninjau terbesar di utara sempadan negara haram itu dengan Lubnan.

Kementerian Pertahanan Israel bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh spesifik atau lokasi pelancaran tersebut.

Namun, berita itu muncul selepas Tentera Udara Israel (IAF) berusaha meningkatkan pertahanan udara ekoran perkembangan dron dan peluru berpandu pelayaran milik Iran.

Belon itu digelar sebagai ‘Sky Dew’ yang memiliki Sistem Aerostat Ketersediaan Tinggi (HAAS) serta dilengkapi sistem pengesanan peluru berpandu dan pesawat canggih.

Sky Dew mampu terbang pada altitud tinggi yang dapat mengesan peluru berpandu jarak jauh dan dron.

Alat yang menyerupai belon udara gergasi itu turut dilengkapi pengesan deria tinggi yang direka khsusus untuk mengesan peluru berpandu balistik, hipersonik serta sasaran udara lain dengan jarak lebih luas.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya