iPhone 13 Pro Tyrannophone ada serpihan gigi T-Rex - Utusan Malaysia

iPhone 13 Pro Tyrannophone ada serpihan gigi T-Rex

KOLEKSI Tyrannophone hanya dijual sebanyak tujuh model di pasaran.-CAVIAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Jenama aksesori telefon mewah Caviar melancarkan versi iPhone 13 Pro Max yang dipanggil Tyrannophone yang menampilkan serpihan gigi dinosaur T-Rex sebenar berusia 80 juta tahun.

Lapor Daily Mail, telefon itu dijual dengan harga 6,830 pound (RM28,387).

Tyrannophone adalah sebahagian daripada koleksi Tera baharu Caviar yang menampilkan imej T-Rex.

“iPhone 13 Pro Tyrannophone unik dihiasi imej 3D kepala dinosaur dengan pandangan mata kuning.

“Senyuman haiwan pemangsa itu bukan sekadar elemen hiasan semata-mata, tetapi adalah elemen eksklusif dan keunikan kerana diletakkan salah satu gigi dinosaur yang betul,” jelas Caviar dalam kenyataan.

Koleksi eksklusif itu hanya dijual sebanyak tujuh model di pasaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya