Indonesia bimbang dijangkiti varian Delta Plus dari Malaysia - Utusan Malaysia

Indonesia bimbang dijangkiti varian Delta Plus dari Malaysia

LUHUT BINSAR PANDJAITAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan memaklumkan varian AY.4.2 atau varian Delta Plus adalah 15 peratus lebih ganas daripada varian Delta.

Oleh itu, beliau meminta masyarakat lebih berhati-hati terhadap potensi jangkitan varian baharu itu, lapor Kompas.com. 

“Kalau nanti kita atau saudara mahupun keluarga dijangkiti sila bawa bertenang.

“Pihak kerajaan akan mengemas kini polisi bagi bersiap sedia dengan kehadiran varian Delta Plus ke Indonesia. Ini kerana varian tersebut sudah dikesan di Malaysia dan belum ditemukan di negara ini lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, varian virus AY.4.2 sudah dikesan di beberapa negara jiran seperti Malaysia.

Katanya, pihak kerajaan masih meningkatkan kawalan di kawasan sempadan dan pintu kemasukan antarabangsa.

Jelasnya, ramai rakyat Indonesia mula merentas perjalanan dari Malaysia sama ada melalui darat, laut dan udara.

Varian baharu ini berasal dari varian Delta yang menyebabkan peningkatan kes cukup signifikan di Britain sejak Julai hingga Oktober lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN