fbpx

28 Januari 2022, 4:41 pm

  TERKINI

Ibu saudara Obama meninggal dunia

HAWA Obama meninggal dunia di rumahnya di Kasipul, Kenya. - NMG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Ibu saudara kepada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dilaporkan meninggal dunia di Kenya.

Lapor The Sun, Mama Hawa Obama, 80, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 1 pagi (waktu tempatan) pada Khamis lalu di rumahnya di Kasipul, Kenya.

Perkara itu dimaklumkan anak lelaki Hawa.

Beberapa media tempatan melaporkan Hawa diserang strok lebih dua tahun lalu.

Jelas laporan itu, tahap kesihatan Hawa merosot sejak beberapa hari lalu.

“Oleh itu, Hawa menerima rawatan di hospital selama sembilan hari sebelum dibenarkan keluar baru-baru ini,” jelas laporan tersebut.

Berita kematian itu muncul beberapa bulan selepas nenek tiri Obama iaitu Mama Sarah Onyango Obama meninggal dunia pada usia 99 tahun.

POPULAR

KOSMO! TERKINI