Enjin roket mesra alam dijana dengan sisa buangan plastik - Utusan Malaysia

Enjin roket mesra alam dijana dengan sisa buangan plastik

PULSAR Fusion menjalankan ujian enjin roket di COTEC di Salisbury. - PULSAR FUSION
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah syarikat Britain yang diketuai oleh bekas bintang rancangan realiti televisyen, Made in Chelsea dilaporkan berjaya melakukan ujian pertama enjin roket yang dijana sisa buangan plastik.

Lapor Daily Mail, sebuah firma gabungan nuklear berpusat di Bletchley, Pulsar Fusion menjalankan beberapa ujian di COTEC, sebuah pangkalan tentera di Salisbury pada 17 hingga 18 November lalu.

Roket `mesra alam’ itu dikuasakan oleh polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) yang boleh diperoleh menerusi kitar semula dan nitrus oksida.

Ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Richard Dinan memaklumkan, enjin roket yang dijana sisa buangan plastik boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk melancarkan pesawat yang membawa manusia dan satelit ke angkasa lepas.

Misi utama firma itu adalah untuk menghasilkan enjin pendorong berkelajuan tinggi yang menggunakan teknologi gabungan nuklear bagi perjalanan antara planet, sekali gus boleh mengurangkan masa perjalanan ke Marikh pada masa akan datang.

Dilaporkan, firma itu ketika ini giat mengusahakan prototaip reaktor gabungan nuklear yang direka khas untuk menghasilkan plasma yang lebih panas daripada permukaan matahari.

Enjin roket dibangunkan oleh Pulsar Fusion merupakan hibrid yang boleh menggunakan bahan api roket dalam dua fasa berbeza iaitu pepejal atau gas dan cecair.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya