RIYADH: Satu kemalangan melibatkan sebuah bas yang bertembung dengan trak di lebuh raya al-Hijrah di Madinah menyaksikan sekurang-kurangnya empat maut dan 48 cedera.
Lapor Arab News, bas tersebut yang membawa seramai 45 penumpang bertembung dengan trak di lebuh raya berkenaan yang terletak berhampiran pekan al-Yutamah, kira-kira 90 kilometer dari bandar Madinah.
Sejumlah mangsa yang cedera mendapat rawatan segera di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Lebuh raya tersebut merupakan jalan utama yang menghubungkan beberapa wilayah dengan Mekah dan Madinah.
Para jemaah dan pengunjung sering menggunakan lebuh raya itu untuk melawat Majidilharam dan Masjid Nabawi.
Beberapa imej yang disiarkan media tempatan menunjukkan bas tersebut mengalami kerosakan teruk.