Dukun Kemis boleh gandakan wang tunai ditangkap hari Khamis - Utusan Malaysia

Dukun Kemis boleh gandakan wang tunai ditangkap hari Khamis

PIHAK polis membawa dua suspek yang terlibat dalam penipuan wang tunai di Wonogiri.-SOLOPOS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Seorang dukun yang mengaku boleh menggandakan wang diberkas pihak polis selepas disyaki melakukan penipuan di Wonogiri.

Lapor Suara.com, suspek, Kemis, 43 ditangkap di rumahnya di Dusun Selangkah, Jatiyoso, Khamis lalu.

Secara kebetulan hari dirinya ditangkap sama dengan namanya yang bermaksud Khamis dalam bahasa Jawa.

Ketua Polis Wonogiri, Dydit Dwi Susanto berkata, pihak polis menangkap dua daripada tiga suspek kes tersebut.

Kemis yang berperanan sebagai dukun, manakala, adik iparnya, Warno, 33, berasal dari Kota Solo.

Suspek ditahan selepas pihak polis mendapat maklumat lokasi keberadaannya.

Pihak polis menyita beberapa barang bukti seperti wang tunai 22.5 juta rupiah dan sebuah telefon pintar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya