Dua maut banjir kilat landa Kota Batu - Utusan Malaysia

Dua maut banjir kilat landa Kota Batu

KEADAAN selepas banjir kilat melanda Kota Batu, Jawa Timur, semalam.-KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BATU: Seramai dua orang maut dan lapan yang lain masih hilang akibat banjir kilat selepas hujan lebat di Kota Batu, Jawa Timur, semalam.

Ketua Agensi Mitigasi Bencana Indonesia, Ganip Warsito memaklumkan air sungai di lereng Gunung Arjuni melimpah ke kawasan tebing sehingga menyebabkan air berlumpur membanjiri lima kampung di Kota Batu.

Jelasnya, seramai 15 penduduk dihanyutkan air banjir dan lima daripadanya berjaya diselamatkan.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat terhalang akibat jalan raya dilimpahi lumpur tebal dan barangan lain yang dihanyutkan air banjir.

Hujan lebat diramal berterusan dan menjadi semakin buruk sehingga Februari depan.

Sebahagiannya disebabkan oleh fenomena cuaca La Nina.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN