ISLAMABAD: Seramai dua anggota polis terbunuh selepas sebuah bom meletup di tepi jalan di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan.
Ketua Polis Bajur, Abdus Samad Khan berkata, kedua-dua anggota polis itu sedang menjalankan tugas keselamatan berhampiran Empangan Raghan, apabila penyerang tidak dikenali meletupkan bom dari jarak jauh.
Katanya, usaha mencari suspek yang terlibat dalam pengeboman itu sedang dijalankan.
Setakat ini, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Bajur merupakan tempat perlindungan bagi kumpulan Tehreek-e-Taliban.
Kumpulan itu dalam proses mengadakan rundingan damai dengan pihak kerajaan.
Gencatan senjata selama sebulan diumumkan Selasa lalu.-AP