Daesh curi ribuan kambing biri-biri untuk perbelanjaan - Utusan Malaysia

Daesh curi ribuan kambing biri-biri untuk perbelanjaan

KUMPULAN Daesh mencuri puluhan ribu kambing biri-biri penduduk setempat untuk dijual bagi menampung perbelanjaan mereka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Kumpulan Daesh dilaporkan mencuri puluhan ribu kambing biri-biri di utara Syria untuk diseludup dan dijual bagi mendapatkan duit untuk kegunaan aktiviti mereka.

Kambing biri-biri yang dicuri daripada penduduk tempatan akan dijual di pasar ternakan oleh anggota Daesh yang menyamar sebagai pengembala di utara dan selatan Syria, termasuk kawasan sempadan dengan Iraq.

Ratusan kambing biri-biri dicuri setiap minggu pada awal tahun ini, selain golongan penternak akan dibunuh dalam serangan Daesh atau maut akibat terkena periuk api yang diletakkan berhampiran rumah mereka.

Penganalisis Projek Pencegahan Keganasan Britain, Gregory Waters berkata, Daesh ketika ini tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang kukuh, sehingga memaksa mereka melakukan apa sahaja bagi memastikan rangkaiannya bertahan dan berkembang.

“Apa yang mereka perlukan ketika ini adalah bekalan untuk rangkaian mereka dan duit untuk membayar penyeludupan senjata.

“Mencuri haiwan ternakan merupakan operasi yang mudah untuk Daesh, selain mereka dapat meluaskan penguasaan,” katanya.

Dianggarkan 23,000 kambing biri-biri dicuri di beberapa kawasan sejak awal tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya