Covaxin jadi vaksin Covid-19 ketujuh diluluskan WHO - Utusan Malaysia

Covaxin jadi vaksin Covid-19 ketujuh diluluskan WHO

ORANG ramai beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, Covaxin di Mumbai, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin memberi kelulusan penggunaan kecemasan kepada vaksin Covid-19 keluaran syarikat pengeluar ubatan India, Bharat BioTech.

Kelulusan tersebut bakal membolehkan Baharat Biotech membekalkan vaksin yang dinamakan sebagai Covaxin itu kepada negara-negara yang bergantung kepada panduan penggunaan oleh WHO.

Vaksin itu juga boleh memberi peluang kepada jutaan penduduk di negara ini untuk melancong ke luar negara pada masa akan datang.

WHO menerusi Twitter memaklumkan, vaksin tersebut berkesan mencegah jangkitan Covid-19 dan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Covaxin turut diteliti oleh Kumpulan Penasihat Pakar Strategik Imunisasi WHO yang mencadangkan supaya vaksin itu digunakan sebanyak dua dos dengan selang masa empat minggu untuk golongan berusia 18 tahun ke atas.

Vaksin itu merupakan yang ketujuh menerima kelulusan daripada WHO selepas vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Johnson & Johnson, Sinovac dan Sinopharm.

Dalam pada itu, kelulusan tersebut juga membolehkan India memenuhi bekalan vaksin global di bawah program COVAX, terutamanya untuk negara berpendapatan sederhana dan rendah.

Bharat Biotech mula berkongsi data mengenai vaksin keluarannya dengan WHO sejak awal Julai lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya