China tidak akan biarkan 'kemerdekaan Taiwan' - Utusan Malaysia

China tidak akan biarkan ‘kemerdekaan Taiwan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China sentiasa bersedia untuk berjuang menumpaskan sebarang cubaan oleh mana-mana kumpulan pemisah mendapatkan kemerdekaan Taiwan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian berkata, PLA bertegas akan mempertahankan kedaulatan serta integriti semua wilayah milik negara ini.

Beliau berkata demikian sebagai kenyataan balas kepada laporan pertahanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Taiwan dalam satu sidang akhbar sebelum ini.

Tegasnya, Taiwan merupakan sebahagian daripada China yang tidak boleh dipisahkan, selain menyifatkan laporan itu tidak masuk akal.

“Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan sengaja cetuskan permusuhan di Selat Taiwan untuk kepentingan politik.

Hal itu termasuk berpakat dengan kuasa luar dan membuat provokasi untuk mencari ‘kemerdekaan Taiwan’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN