Brazil: Sembilan anggota bomba maut dalam runtuhan gua - Utusan Malaysia

Brazil: Sembilan anggota bomba maut dalam runtuhan gua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Sembilan anggota bomba yang sedang menjalani latihan dilaporkan maut dalam kejadian runtuhan bumbung gua di Brazil.

Perkara itu disahkan oleh pihak berkuasa negara itu.

Jabatan Bomba Sao Paulo menerusi laman Twitter memaklumkan kejadian itu berlaku ketika sekumpulan 26 anggota bomba menjalani latihan di dalam sebuah gua berhampiran bandar Altinopolis.

“Sembilan orang meninggal dunia dan seorang berjaya diselamatkan. Tiada lagi mangsa di lokasi kejadian,” jelasnya.

Terdahulu, pihak berkuasa menyatakan tiga anggota bomba maut dan enam lagi hilang.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum didedahkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN