Berpisah sejak bayi, wanita akhirnya bertemu ibu kandung - Utusan Malaysia

Berpisah sejak bayi, wanita akhirnya bertemu ibu kandung

RIATUS Solikhah bertemu dengan ibu kandungnya, Yeti selepas 23 tahun. - KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang wanita berusia 23 tahun dari wilayah Sidoarjo, Jawa Timur akhirnya bertemu dengan ibu kandungnya secara bersemuka selepas berpisah sejak bayi.  

Lapor Kompas, Riatus Solikhah diserahkan sebagai anak angkat ketika hanya berusia 20 hari kerana ibu kandungnya, Yeti mengalami kesempitan hidup.

Menurut Riatus, dia berasa amat gembira apabila dapat wajah individu yang melahirkannya.

“Walaupun pada mulanya rasa janggal dan terkejut kerana tidak pernah berjumpa, namun saya tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira.

“Hati saya asyik sebut inilah ibu saya dan berasa amat gembira. Ibu pun gembira dapat berjumpa,” kata Riatus selepas bertemu dengan Yati.

Pencarian ibu kandung Riatus bermula apabila wanita itu menemukan bil bersalin di hospital berjumlah 75,000 rupiah (RM22) ketika mengemas fail di dalam almari.

Riatus menemukan bil bersalin yang tertera maklumat mengenai tarikh lahirnya dengan nama kandung ibunya.     

Wanita itu turut mendapat tahu maklumat mengenai ibu kandungnya yang tinggal di Jember, Jawa Timur.

Riatus kemudian memuat naik resit tersebut pada halaman Facebook Kumpulan Warga Jember bagi mengesan keberadaan ibu kandungnya.

“Selepas memuat naik resit itu, saya mendapat butiran alamat lama yang sama dengan tempat tinggal ibu saya. Pada keesokan harinya, kami berdua akhirnya bertemu semula,” katanya. – AGENSI   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.