Berang tidak dapat keluarkan saman, anggota penguat kuasa pukul pemandu - Utusan Malaysia

Berang tidak dapat keluarkan saman, anggota penguat kuasa pukul pemandu

SEORANG anggota jabatan pengangkutan berang selepas gagal menyaman pemandu trak yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMPUNG: Video seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Bandar memukul seorang pemandu trak pikap di sini menjadi tular dalam media sosial.

Video berdurasi 46 saat itu ditonton sebanyak 36,011 kali dan menerima lebih 300 komen daripada pengguna media sosial.

Video itu menunjukkan anggota penguat kuasa tersebut menahan trak pikap berkenaan dan ingin mengeluarkan saman.

Namun, hasrat itu terpaksa dibatalkan selepas pemandu trak pikap itu tidak melakukan sebarang kesalahan, selain dokumen perjalanannya juga lengkap.

Berang dengan keadaan itu, anggota tersebut mula ‘naik angin’ dan memukul pemandu trak pikap itu sebelum melarikan diri menggunakan motosikal.

“Kenapa encik pukul saya? Tolongan jangan buat saya begini di depan isteri dan anak saya,” kata pemandu itu sambil kedengaran suara tangisan kanak-kanak dalam video berkenaan.

Isteri pemandu tersebut yang dikenali sebagai Isti Qomariyah menerusi Facebook mengesahkan kejadian itu.

“Memang benar suami saya dipukul anggota penguat kuasa selepas dia marah kerana tidak dapat menyaman kami dan kami sungguh kesal dengan apa yang berlaku,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengangkutan Bandar Lampung, Zulpikri sudah menerima laporan tersebut dan mengesahkan anggota yang terlibat merupakan seorang daripada anak buahnya.

Katanya, insiden itu akan disiasat bagi mengelakkan ia berulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN