'Bantu kami untuk teruskan hidup' - Utusan Malaysia

‘Bantu kami untuk teruskan hidup’

Syeikh Enamullah (dua dari kanan) menyatakan penghargaan kepada rakyat Malaysia ketika pertemuan dengan Zulkfli Wahijan (dua dari kiri) di Logar, Afghanistan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOGAR Afghanistan: Rakyat Afghanistan yang kini berada di bawah pemerintahan Taliban susulan pengunduran tentera Amerika Syarikat berdepan dengan krisis dan amat memerlukan bantuan dari luar.

Timbalan Gabenor wilayah Logar, Syeikh Enamullah berkata, majoriti penduduk negara ini berdepan krisis terutama yang berkaitan kemudahan dan keperluan asas.

Oleh itu katanya, mereka amat memerlukan sokongan terutama daripada saudara sesama Islam seperti Malaysia untuk meneruskan kehidupan.

“Kami memang memerlukan sokongan dan bantuan daripada rakyat negara Islam lain dan saya amat terharu kerana anda semua sanggup datang ke sini untuk membantu kami,” katanya ketika menerima kunjungan delegasi tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang dalam misi bantuan kemanusiaan ke negara ini.

Tiga NGO yang terbabit dalam misi itu adalah Muslim Care Malaysia (MCM), Yayasan Amal Malaysia (YAM) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma).

Dalam misi itu sekurang-kurangnya 12,000 penduduk bakal menerima manfaat daripada 60 telaga tiub yang akan dibina NGO) terbabit di beberapa kampung di wilayah ini.

Syeikh Enamullah berkata, bantuan itu amat bermakna bagi penduduk di kampung-kampung terpilih yang selama ini berdepan kesukaran mendapat air bersih.

Presiden MCM, Zulkifli Wahijan selaku ketua misi berkata, lima daripada 60 telaga tiub itu sudah disiapkan dan pihaknya berkesempatan melawat dua daripadanya.

“Lokasinya agak jauh ke kawasan pedalaman. Kami menempuh perjalanan hampir tiga jam dari Kabul untuk sampai ke situ,” katanya.

Menurut Zulkifli, tajaan dan sumbangan daripada rakyat Malaysia masih dibuka untuk pembinaan telaga tiub itu yang setiap satu berharga RM6,800.

Jelasnya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun MCM (Maybank 564490413882) dan hantarkan slip transaksi ke nombor hotline MCM 01150050035.

“Selagi penduduk kampung di sini menggunakan air daripada telaga tiub itu, selagi itulah pahala penyumbang akan terus mengalir,” ujarnya.

Zulkifli berkata, pembinaan baki 55 telaga lagi akan diuruskan oleh sebuah NGO tempatan iaitu Persatuan Bantuan Kemanusiaan (HAS) yang juga rakan kolaborasi MCM di Afghanistan,
Menurutnya, pihaknya menyerahkan kepada HAS untuk memilih lokasi yang sesuai berdasarkan pengetahuan dan kepakaran mereka.

“Selepas melawat dua telaga tiub yang dibina mereka, saya amat berpuas hati kerana lokasinya amat strategik.

“Setiap satu telaga tiub boleh digunakan oleh 30 hingga 50 keluarga atau 150 hingga 250 orang dengan mengambil kira satu pasangan suami isteri memiliki purata lima anak,” jelasnya.

Selepas berada di Afghanistan sejak 13 November lalu, rombongan misi kemanusiaan tiga NGO Malaysia terbabit berlepas pulang ke Malaysia pada Ahad.

Sepanjang lapan hari berada di Afghanistan tiga lagi projek yang dilaksanakan pembinaan sebuah masjid, sumbangan makanan dan baju sejuk serta tajaan mesin jahit untuk kelas jahitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya