Banduan wanita enggan terima panggilan video keluarga gara-gara 'rambut tidak didandan' - Utusan Malaysia

Banduan wanita enggan terima panggilan video keluarga gara-gara ‘rambut tidak didandan’

SEJUMLAH tahanan wanita di penjara ini enggan terima panggilan video kerana rambut mereka ‘tidak terurus’. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sejumlah banduan wanita di sebuah penjara di Surrey enggan menerima panggilan video daripada keluarga dan rakan mereka dengan alasan ‘rambut mereka tidak terurus’.

Banduan wanita di Penjara HMP Bronzefield mendakwa, rambut mereka tidak terjaga dan didandan selepas salun di penjara berkenaan ditutup kerana pandemik Covid-19.

Kebanyakannya mengadu kepada warden penjara bahawa penampilan mereka selekeh, menyebabkan mereka enggan menerima panggilan video.

Mengambil kira aduan tersebut, pengurusan penjara memutuskan untuk membuka semula salun berkenaan.

Namun, salun itu tidak dibuka setiap hari dan banduan perlu membuat temu janji bagi mendapatkan slot perkhidmatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya