KOTA PADANG: Seorang pengurus sebuah musala di Kota Padang, Sumatera Barat ditahan polis selepas disyaki melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.
Suara.com melaporkan, suspek berusia 34 tahun itu didakwa meliwat murid Sekolah Dasar (SD) di dalam musala di Lubuk Kilangan dekat sini.
Suspek ditahan selepas ibu bapa kepada mangsa membuat laporan ke Polis Daerah Lubuk Kilangan.
“Mangsa berusia lapan tahun, berstatus murid SD,” jelas Ketua Polis Daerah, Lija Nesmon.
Menurut Lija, orang tua mangsa berasa curiga terhadap tingkah laku anaknya yang pulang ke rumah daripada mengaji tanpa memakai seluar dalam.
“Ibu bapa mangsa bertanyakan kenapa tidak memakai seluar dalam. Mangsa mengaku dia dilakukan dengan perbuatan tidak senonoh oleh suspek,” katanya.
Jelasnya, suspek ditahan dan sedang dalam siasatan.