Asteroid bertembung orbit bumi 20 November ? - Utusan Malaysia

Asteroid bertembung orbit bumi 20 November ?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah asteroid yang dikatakan lebih besar dari roda ferris, London Eye dijangka bertembung dengan orbit bumi, minggu ini.

Lapor Daily Star, batu angkasa gergasi yang diberi nama 2016 JG12, pertama kali ditemukan 3 Mei 2016.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang mengesan pergerakan asteroid
yang mempunyai diameter kira-kira 190 meter.

Ketika ini, batu angkasa gergasi itu berada sejauh 5.98 juta kilometer (km) dari bumi.

Walaupun batu angkasa itu kelihatan seperti berada sangat jauh dari bumi, namun dari segi pengukuran
cahaya, ia hanya mengambil masa selama 19 saat untuk bergerak dari asteroid ke bumi.

“Sekiranya asteroid tersebut terus berada pada trajektori sama dan melepasi bumi tanpa mendarat di atasnya, maka batu angkasa itu boleh dilihat kira-kira pukul 00.23 (waktu tempatan), 20 November ini.

“Namun, jika anda terlepas menyaksikan asteroid itu, batu angkasa tersebut hanya akan kembali semula ke orbit bumi 3 November 2024,” jelas laporan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN