Aktivis lancar boikot Justin Bieber kerana rancang konsert di Israel - Utusan Malaysia

Aktivis lancar boikot Justin Bieber kerana rancang konsert di Israel

JUSTIN BIEBER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kumpulan hak asasi manusia dan aktivis anti-apartheid menyeru penduduk di seluruh dunia memboikot penyanyi Kanada, Justin Bieber selepas mengumumkan konsert Justice World Tour akan diadakan di Israel.

Penyanyi berusia 27 tahun itu merancang mengadakan dua persembahan di Afrika Selatan sebelum memilih negara haram Israel sebagai lokasi terakhir, lapor Quds News Network.

Bieber dijangka mengadakan persembahan tersebut 22 Oktober 2022 selepas Cape Town dan Johannesburg yang merupakan sebahagian daripada lokasi konsert Justice World Tour.

Aktivis anti-apartheid terutamanya di Afrika Selatan menggesa penyanyi itu diboikot kerana persembahannya langsung tidak mencerminkan prinsip ‘keadilan’ selepas memilih lokasi di Israel.

Bieber dituduh menyokong negara apartheid selepas bersetuju mengadakan persembahan di Tel Aviv.

Code Pink melancarkan petisyen menyeru penyanyi lagu Despacito itu membatalkan persembahannya di negara haram tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.