Air mineral ditabur emas dijual RM254,431 sebotol - Utusan Malaysia

Air mineral ditabur emas dijual RM254,431 sebotol

AIR mineral Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani didakwa menjadi air paling mahal di dunia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Air mineral dengan isi padu 750 milimeter jenama Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani mungkin menjadi air paling mahal di dunia.

Hal ini kerana, sebotol air mineral itu dijual pada harga AS$60,000 (RM254,431).

Air mineral tersebut mahal kerana dihasilkan menggunakan tiga sumber mata air berbeza iaitu dari Fiji, Perancis dan Ireland.

Ketiga-tiga sumber mata air tersebut disifatkan paling bersih di dunia, sekali gus menyebabkan air mineral berkenaan dijual pada harga yang tinggi.

Selain itu, botol kaca yang disadur emas 24 karat yang digunakan untuk mengisi air mineral berkenaan turut menyumbang kepada harga mahalnya.

Botol air mineral itu juga direka oleh pereka botol terkenal dunia, Fernando Altamirano.

Lebih menarik, setiap titis air mineral itu didakwa mempunyai lima gram emas 23 karat dan taburan emas itu dikatakan memberi tenaga yang lebih banyak berbanding air mineral biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.