9 maut pesawat terhempas di Siberia - Utusan Malaysia

9 maut pesawat terhempas di Siberia

AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seramai sembilan orang maut selepas pesawat kargo Belarus terhempas dan terbakar ketika mendarat di Siberia.

Pesawat itu dikesan hilang dari radar sebelum nahas berlaku di luar bandar Irkutsk, Rusia.

Agensi Penerbangan Persekutuan Rusia, Rosaviatsiya berkata, pesawat Antonov An-12 yang dimiliki oleh syarikat dari Belarus, Grodno berlegar-legar di udara selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

“Berita yang amat malang apabila semua individu dalam pesawat itu terbunuh,” kata Gabenor Irkutsk, Igor Kobzev.

Pihak berkuasa Belarus memaklumkan pesawat itu membawa tiga rakyat Belarus, dua warga Rusia dan dua dari Ukraine.

Kesemuanya dilaporkan terbunuh dan pesawat itu tidak membawa sebarang muatan kargo.

Pihak berkuasa Rusia selepas itu memaklumkan, terdapat dua penumpang lain di dalam pesawat tersebut.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Belarus menjelaskan, pesawat itu melakukan penerbangan ketika cuaca buruk.

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan penyelamat bertungkus-lumus memadamkan api, sambil diterangi lampu suluh dalam keadaan gelap bersalji.

Nahas itu disiasat berdasarkan kes jenayah kerana melanggar peraturan keselamatan pengangkutan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.