2.2 juta kit ujian Covid-19 keluarkan keputusan palsu - Utusan Malaysia

2.2 juta kit ujian Covid-19 keluarkan keputusan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISBANE: Syarikat pengeluar teknologi perubatan Australia menarik balik lebih dua juta kit ujian Covid19 di rumah yang dihantar ke Amerika Syarikat (AS).

Penarikan itu dibuat selepas syarikat berkenaan, Ellume mendapati terdapat risiko tinggi untuk kesemua kit ujian tersebut mengeluarkan keputusan positif palsu.

Sebanyak 2.2 juta kit ujian Covid-19 ditarik balik sejak masalah itu dikesan bulan lalu.

Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) semalam turut mengeluarkan amaran mengenai perkara tersebut.

Keputusan positif palsu menyaksikan individu yang melakukan ujian tersebut dijangkiti Covid-19 sedangkan mereka sihat.

“FDA mengenal pasti masalah ini sebagai penarikan semula Kelas I, iaitu paling serius,” jelas agensi itu.

Sehingga kini, FDA sudah menerima 35 laporan mengenai keputusan positif palsu dan tiada kes kematian.

Pada awal Oktober lalu, Ellume mengumumkan penarikan 195,000 kit ujian selepas keputusan positif palsu dilaporkan di beberapa fasa pengeluaran produk.

Ketika itu, syarikat berkenaan sudah pun mengeksport kira-kira 3.5 juta kit ujian ke AS.

Ellume menjelaskan, penarikan itu dilanjutkan selepas sejumlah lagi kit ujian dikesan mempunyai masalah sama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya