15 peserta protes maut ditembak tentera Sudan - Utusan Malaysia

15 peserta protes maut ditembak tentera Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Pasukan keselamatan Sudan melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang berada di kawasan jalan di utara Khartoum.

Sehingga kini, saksi berkata, seramai 15 orang terbunuh selepas ribuan penunjuk perasaan melancarkan protes di Khartoum bagi menentang pengambilalihan tentera terhadap negara itu.

Protes turut dilancarkan di bandar-bandar lain, namun, disambut dengan tindakan ganas oleh pihak berkuasa.

Angka kematian keseluruhan meningkat kepada 39 orang sejak beberapa minggu lalu.

Penduduk menganjurkan demonstrasi semalam walaupun hampir keseluruhan perkhidmatan internet ditutup dan talian telefon mengalami gangguan di seluruh Sudan.

Jambatan yang menghubungkan ibu kota dengan bandar berdekatan dibuka semula dan lalu lintas beroperasi seperti biasa di kebanyakan jalan raya di Khartoum.

Pasukan keselamatan turut dilihat mengalihkan penghadang sementara batu-bata di beberapa jalan di timur dan utara Khartoum.

Bulan lalu, Ketua Majlis Tertinggi, Jeneral Abdul Fattah al-Burhan mengisytiharkan darurat di seluruh Sudan serta pembubaran kerajaan peralihan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Abdalla Hamdok.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.