Vaksin Covid-19: Remaja 15 tahun tak perlu kebenaran ibu bapa - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19: Remaja 15 tahun tak perlu kebenaran ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Sweden memutuskan untuk membenarkan remaja berusia 15 tahun menerima suntikan vaksin Covid-19 tanpa perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa.

Keputusan itu dicapai selepas program vaksinasi diperluaskan kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun, bermula 11 Oktober, lapor The Local.

Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan dan Wilayah Sweden (SKR) memaklumkan, usia tersebut dianggap sudah mencapai tahap kematangan untuk membuat keputusan bagi diri sendiri.

Ketua Unit Penjagaan Kesihatan, Emma Spak berkata, remaja berusia 15 tahun perlu dilayan seperti remaja lain berumur 16 dan 17 tahun.

Katanya, pegawai kesihatan menilai kematangan mereka dengan mengisi borang menjawab pelbagai soalan mengenai kesihatan mereka dan menguji pemahaman tentang keperluan mendapatkan vaksin.

Jelasnya, bagi remaja di bawah usia 15 tahun, SKR memaklumkan persetujuan bertulis daripada ibu bapa perlu diperoleh terlebih dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN