Tak tahan tinggal bersama isteri, suami rayu dipenjarakan - Utusan Malaysia

Tak tahan tinggal bersama isteri, suami rayu dipenjarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Seorang lelaki dari pekan Guidonia di Rom merayu kepada polis untuk menghantarnya ke penjara kerana tidak tahan hidup bersama isterinya.

Lapor Oddity Central, beberapa anggota yang bertugas di berek Tenenza Carabinieri pada mulanya menyangka mereka menjadi sasaran gurauan apabila lelaki itu membuat permintaan demikian.

Menurut laporan, seorang lelaki secara santai memasuki bangunan itu dan mengaku sengaja melanggar tahanan rumah agar boleh dihumban ke dalam penjara.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan nampaknya bergaduh dengan isterinya dan lebih rela dipenjarakan daripada tinggal serumah bersama isterinya.

“Dia tinggal bersama isteri dan keluarganya dan rasanya kehidupan mereka dibelenggu banyak masalah.

“Lelaki itu mengaku kehidupannya bagaikan di neraka dan mahu dimasukkan ke penjara kerana sudah tidak tahan lagi tinggal di rumah,” kata pegawai polis Carabinieri dari Tivoli, Kapten Francesco Giacomo Ferrante. 

Lelaki warganegara Albania berusia 30 tahun itu sebelum ini diarahkan untuk menjalani hukuman di rumahnya atas kesalahan jenayah berkaitan dadah.

Lelaki tersebut menjalani hukuman tahanan rumah selama beberapa bulan lalu dan masih mempunyai baki beberapa tahun lagi dalam hukumannya.

“Tolong tangkap saya, saya sudah tidak tahan lagi berada di rumah dengan isteri. Saya lebih suka dipenjarakan,” kata lelaki itu kepada polis.  

Permintaan lelaki itu akhirnya dipenuhi apabila dia didakwa atas kesalahan melanggar perintah tahanan rumah. 

Lelaki itu kemudian dibenarkan menjalani baki hukuman di penjara di Guidonia. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya