Suami celup muka isteri dalam minyak panas - Utusan Malaysia

Suami celup muka isteri dalam minyak panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Seorang lelaki di Jordan tergamak mencelupkan muka isterinya ke dalam kuali berisi minyak mendidih selepas bertelagah semasa mahu menggoreng kentang.

Lapor Gulf News, kejadian itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 28 tahun tampil mendedahkan perkara tersebut kepada media tempatan.

“Suami menarik rambut saya di hadapan ketiga-tiga anak dan bertindak mencelupkan muka saya ke dalam minyak mendidih.

“Ketika saya cuba melarikan diri, dia menyimbah minyak panas itu ke atas saya,” katanya.

Menurut mangsa, dia tidak tahu alasan suaminya sanggup melakukan kekerasan itu di depan anak-anaknya sedangkan malam sebelum kejadian tiada pertengkaran berlaku antara mereka.

Jelas mangsa, insiden itu berlaku pada waktu pagi ketika mereka berdua menyediakan sarapan.

Mangsa kemudian berasa hairan apabila suaminya tiba-tiba menyediakan kuali besar berisi minyak panas, meskipun belum habis mengupas kentang.

Katanya, ketika mahu menukar kuali besar kepada yang lebih kecil, suaminya tiba-tiba menjadi marah.

Mangsa memberitahu suaminya terus menarik rambutnya dan mencelupkan mukanya ke dalam minyak mendidih di depan anak-anaknya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya