Suami bakar isteri hamil dengan minyak petrol  - Utusan Malaysia

Suami bakar isteri hamil dengan minyak petrol 

SUSPEK dituduh menyimbah minyak petrol kepada isterinya di Jawa Timur. - SUARA.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Seorang suami tergamak membakar isterinya sendiri di pinggir jalan rumahnya di Desa Tanjungrejo, Probolinggo.

Adi Susanto, 31, didakwa menyiram minyak petrol ketika Maimunah, 31, berada di atas motosikal disebabkan cemburu buta, lapor Suara.com.

Pasangan itu sejak sebulan lalu sering bertelingkah kerana wanita itu dituduh curang di belakang suaminya.

Sedangkan waktu itu, mangsa menuju ke rumah ibu bapanya di Pasuruan untuk memeriksa kandungan berusia tiga bulan di rumah bidan.

Maimunah tidak pulang ke rumah walaupun hari sudah malam sehingga mendorong suaminya menuju ke rumah bapa mentuanya.

Namun, sebenarnya mangsa sudah pulang dan hendak menjemput anak perempuan berusia 13 tahun serta mengambil pakaian di rumah suaminya.

“Kerana cemburu dan menuduh isterinya curang, pasangan ini sering bertekak,” kata Ketua Polis Probolinggo, Jauhari. 

Pada malam kejadian, wanita itu membonceng anaknya dan mereka bertemu di pinggir jalan.

Lelaki itu berusaha memujuk mangsa supaya tidak keluar rumah, namun mangsa tetap nekad pulang ke rumah ibu bapanya.

Disebabkan itu, tertuduh menjadi hilang sabar dan membeli minyak petrol lalu menyiram ke arah mangsa dan membakarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya