BEIJING: Sebuah kedai dandanan rambut di China menawarkan perkhidmatan memotong rambut menggunakan sebilah kapak.
Dalam video yang dimuat naik dalam media sosial, jurudandan itu menunjukkan cara memotong rambut dengan rapi dan berhati-hati.
Jurudandan itu dilihat memotong rambut seorang pelanggan wanita di atas meja kayu bagi memudahkan proses pemotongan tersebut.
Jurudandan itu menujukkan kaedah memotong rambut dengan kuat dan mencincang halus bahagian rambut dengan perlahan mengikut permintaan pelanggan.
Aksi potongan itu hanya memerlukan masa yang singkat dan menjadi pilihan pelanggan yang tidak mahu menunggu terlalu lama.
Bagaimanapun, rata-rata komen wargamaya mengatakan potongan rambut menggunakan kaedah itu kelihatan buruk.-AGENSI