Salon tawar perkhidmatan potong rambut pakai kapak - Utusan Malaysia

Salon tawar perkhidmatan potong rambut pakai kapak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah kedai dandanan rambut di China menawarkan perkhidmatan memotong rambut menggunakan sebilah kapak.

Dalam video yang dimuat naik dalam media sosial, jurudandan itu menunjukkan cara memotong rambut dengan rapi dan berhati-hati.

Jurudandan itu dilihat memotong rambut seorang pelanggan wanita di atas meja kayu bagi memudahkan proses pemotongan tersebut.

Jurudandan itu menujukkan kaedah memotong rambut dengan kuat dan mencincang halus bahagian rambut dengan perlahan mengikut permintaan pelanggan.

Aksi potongan itu hanya memerlukan masa yang singkat dan menjadi pilihan pelanggan yang tidak mahu menunggu terlalu lama.

Bagaimanapun, rata-rata komen wargamaya mengatakan potongan rambut menggunakan kaedah itu kelihatan buruk.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya