Rumah meletup akibat semburan deodoran - Utusan Malaysia

Rumah meletup akibat semburan deodoran

API dilihat menyambar dari rumah keluarga Atrin ketika letupan berlaku dalam satu insiden di London. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang remaja lelaki melecur pada bahagian tangan dan perutnya selepas semburan deodoran yang dipakainya menyebabkan letupan serta kebakaran di rumah keluarganya.

Ketika kejadian, Atrin Behazadi, 13, sedang memakai deodoran di dalam biliknya dan semburan itu terkena lilin yang dipasang, sekali gus menyebabkan letupan.

Puluhan keluarga yang tinggal di blok perumahan itu melarikan diri selepas letupan berlaku kira-kira pukul 8 malam kelmarin.

Sebanyak 10 jentera bomba dengan 70 anggota dikerah ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian.

Ibu Atrin, Sarah memberitahu, tingkap dan pintu rumahnya hancur sepenuhnya akibat letupan tersebut.

“Anak perempuan saya sempat menghubungi 999 dan ketika kejadian, saya tidak berada di rumah kerana keluar membeli barangan dapur.

“Atrin kini dalam keadaan stabil walaupun mengalami luka melecur yang agak teruk,” katanya.

Semua penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas bomba memastikan keadaan selamat.

Sementara itu, bomba memaklumkan rumah Atrin hampir 80 peratus terbakar dan banyak barangan musnah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya