Ribut solar dijangka landa Bumi tengah malam ini - Utusan Malaysia

Ribut solar dijangka landa Bumi tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Fenomena ribut solar atau geomagnetik dijangka melanda bumi pada tengah malam ini.

Lapor Daily Mail, ribut solar dengan tahap kekuatan sederhana itu dijangka melanda semalam namun berlaku kelewatan.

Jabatan Meteorologi United Kingdom (UK) dan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) meramalkan fenomena dikenali sebagai Coronal Mass Ejection (CME) akan sampai ke bumi kira-kira 12 tengah malam ini.

“Antara kesan mungkin berlaku akibat ribut suria adalah gangguan terhadap grid elektrik dan sistem komunikasi termasuk satelit,” jelas laporan itu.

Selain itu, Jabatan Meteorologi UK memaklumkan CME berkemungkinan menyebabkan ribut geomagnetik yang kecil sehingga sederhana.

Sementara itu, cahaya Aurora atau dikenali sebagai Northern Lights juga dijangka dapat dilihat di beberapa kawasan di New York, Amerika Syarikat (AS) dan utara England, UK ketika ribut solar berlaku.

Ribut solar merupakan gangguan besar magnetosfera bumi.

Fenomena itu berlaku berikutan pengeluaran plasma dari lapisan luar matahari secara besar-besaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya