Rakyat Indonesia sanggup beratur panjang demi Subway - Utusan Malaysia

Rakyat Indonesia sanggup beratur panjang demi Subway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Orang ramai sanggup beratur panjang semasa pembukaan rasmi restoran Subway di Cilandak Town Square, hari ini.

Detik.com yang berada di lokasi pembukaan itu sejak pukul 1.30 tengah hari mendapati orang ramai beratur sehingga melewati premis lain.

Staf bertugas berkata, pihaknya terpaksa menutup sementara premis sebelum dibuka semula pukul 3.00 petang tadi.

Katanya, orang ramai beratur sejak pagi bagi mendapatkan giliran membeli makanan itu.

Namun, katanya, keadaan di sebelah pagi tidak seteruk pada sebelah tengah hari.

Subway adalah syarikat rangkaian makanan segera paling pantas berkembang di dunia.

Diasaskan di Connecticut, Amerika Syarikat pada 1965, syarikat ini mempunyai lebih 1,000 kedai berbanding McDonald’s pada 2010.

Pada 2017, Subway mempunyai lebih 44,600 francais restoran di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.