Pulau Spongebob wujud dalam dunia realiti, tarikan baharu pelancongan - Utusan Malaysia

Pulau Spongebob wujud dalam dunia realiti, tarikan baharu pelancongan

ANUDAIYAN Balong lokasi baharu pelancongan di Simeulue yang dikatakan mirip pulau animasi Spongebob Squarepants. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pemerintah Daerah Simeulue, Aceh menjadikan ‘Pulau Spongebob‘ sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di daerah kepulauan yang berada di Lautan Hindi itu.

Republika melaporkan, Ketua Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Simeulue, Asmanuddin berkata, pulau itu akan dimasukkan ke dalam pelan induk pengembangan pelancongan di Simeulue.

Pulau itu terletak di Desa Bunon, Teupah Barat, Simeulue.

“Sekarang pulau itu menjadi denstinasi kegemaran pelancong yang mengunjungi Simeulue,” jelas Asmanuddin.

Sementara itu, Ketua Desa Bunon, Alinur berkata, ‘Pulau Spongebob‘ diketahui orang ramai dengan nama Anudaiyan Balong atau tempat istirahat bangau.

Jelasnya, pulau itu mirip pulau animasi dalam siri ‘Spongebob Squarepants‘.

Jaraknya kira-kira dua jam perjalanan dari pusat bandar Sinabang, ibu kota Simeulue.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya