Pesawat tersangkut bawah jejambat - Utusan Malaysia

Pesawat tersangkut bawah jejambat

GAMBAR menunjukkan pesawat tersangkut di bawah jejambat pejalan kaki di New Delhi. - REPUBLIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Satu video memaparkan sebuah pesawat Air India yang dilupuskan (scrap) tersangkut di bawah jejambat pejalan kaki ketika dibawa melalui jalan raya di New Delhi, tular di laman media sosial.

Setakat ini, butiran mengenai pesawat, pembeli dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Lapor portal Republicworld.com, seorang jurucakap dari syarikat Air India mengesahkan pesawat yang dilupuskan itu telah dibatalkan pendaftarannya dan sudah dijual.

“Pesawat itu diangkut pada Sabtu lalu oleh pihak terlibat. Air India tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pesawat yang dalam keadaan apa pun.

“Ia merupakan pesawat lama yang sudah dilupuskan oleh syarikat kami,” kata jurucakap itu.

Klip video itu menunjukkan kenderaan sedang bergerak di satu laluan di lebuh raya tersebut, sementara yang lain terhenti disebabkan pesawat tidak bergerak.

Bahagian depan pesawat itu dilihat melintas bawah jejambat pejalan kaki tersebut manakala separuh lagi badan kapal terbang tersekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN