MILAN: Sebuah pesawat kecil terhempas di bangunan dua tingkat yang kosong dekat sini menyebabkan kesemua lapan penumpang, termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh.
Reuters melaporkan, pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian berdekatan stesen kereta api bawah tanah di San Donato Milanese, utara Itali.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Linate di sini dan menuju ke Pulau Sardinia.
Penduduk berhampiran terdengar bunyi dentuman kuat ketika pesawat itu terhempas di bangunan dua tingkat yang dikosongkan untuk diubah suai semula.
Menurut petugas keselamatan, beberapa kenderaan yang diletakkan berhampiran bangunan itu turut musnah.










