Pelajar maut tercekik sosej - Utusan Malaysia

Pelajar maut tercekik sosej

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang pelajar universiti maut akibat tercekik semasa pertandingan makan sosej.

Mangsa, Madie Nicpon, 20, dari Universiti Tufts di Massachusetts meninggal dunia di kampus tersebut, lapor Daily Mail. 

Nicpon berasal dari Suffern, New York menyewa sebuah rumah bersama kawan-kawannya di Somerville semasa acara itu berlangsung.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu tidak didedahkan.

Mangsa diberikan mesin bantuan pernafasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Mt. Auburn, Cambridge.

Pelajar wanita itu kemudian dibawa ke Massachusetts General di Boston dan disahkan meninggal dunia, Ahad lalu.

Ahli keluarganya menyifatkan mendiang seorang anak, cucu, kakak dan kawan yang sangat cantik dan bijak.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.