Nenek jatuh gaung lepas banyak makan durian - Utusan Malaysia

Nenek jatuh gaung lepas banyak makan durian

MANGSA diselamatkan selepas terjatuh dalam gaung di Bali.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Seorang warga emas yang kerap makan durian sehingga kepeningan terjatuh dalam gaung di Desa Selat, Klungkung, Bali.

Mangsa, Wayan Parsi, 75, tergelincir semasa berjalan pulang ke rumahnya dan jatuh dari ketinggian lima meter di sebuah bendang, lapor Kompas.com.

Ketua Badan Pencegahan Bencana Daerah (BPBD) Klungkung, Putu Widiada berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu daripada penduduk kampung tersebut.

Katanya, seramai lapan pegawai BPBD dikerahkan bagi menyelamatkan wanita tersebut.

Jelasnya, lokasi gaung itu mempunyai kedalaman lima meter dan terdapat sungai kecil di bawahnya.

“Ketika tiba di lokasi, kami lihat mangsa selamat dan segera menghubungi ambulans bagi melakukan usaha menyelamat.

“Proses menyelamat berjalan lancar walaupun kami harus menempuh halangan,” jelasnya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Klungkung serta mengadu sakit leher dan muntah.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya