Nekad jual mata, buah pinggang selamatkan rumah - Utusan Malaysia

Nekad jual mata, buah pinggang selamatkan rumah

SEBUAH keluarga sanggup berjalan 100 km untuk menjual organ dalaman mereka di Thailand. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sebuah keluarga nekad menjual mata dan buah pinggang bagi menyelamatkan rumah dan ladang milik mereka. 

Lelaki serta isteri dan dua anak sanggup berjalan 100 kilometer meredah hujan dari rumah mereka di Ubon Ratchathani, lapor Thaiger. 

Keluarga itu meletakkan iklan di hadapan rumah mereka bagi menawarkan mata, buah pinggang atau organ lain untuk dijual bagi mendapatkan 860,725 baht (RM107,670) menyelamatkan aset mereka. 

Semua itu terpaksa ditanggung keluarga berkenaan selepas lelaki itu menandatangani perjanjian sebagai penjamin pembelian traktor rakannya untuk seumur hidup.   

Lelaki berusia 48 tahun yang bekerja sebagai juruhebah radio di Khemarat bersetuju menandatangani perjanjian yang dibuat 2014 bagi pembelian 860,000 baht (RM107,500) yang dilakukan isteri kawannya.  

Rakan baiknya itu adalah anggota polis dan dia membuat pertimbangan disebabkan rakannya mempunyai kerja tetap. 

Namun, rakannya membuat masalah dengan tidak membayar pinjaman sejak 2016 dan keluarga itu terpaksa menanggung hutang sebagai penjamin kedua selepas diperintahkan mahkamah.  

Kisah itu mendapat perhatian Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha yang akan mengunjungi keluarga itu bagi meringakan beban yang ditanggung mereka. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya