Negara miskin dibebani hutang Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China - Utusan Malaysia

Negara miskin dibebani hutang Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China

PEKERJA menurunkan panel Forum Kedua Inisiatif Jalur dan Laluan di Beijing pada 27 April 2019. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Inisiatif Jalur dan La­­luan (BRI) diasaskan Chi­na dengan ‘mimpi indah’ pe­lak­sanaan pelbagai projek pem­bangunan, menyebabkan nega­ra-negara miskin dibebani ‘hu­tang tersembunyi’ bernilai AS$385 bilion (RM1.6 triliun).

Menurut kajian antarabangsa dijalankan AidData, le­bih satu pertiga daripada projek tersebut terpalit skandal rasuah dan bantahan.

Jelas AidData, per­kara itu di­sebabkan kesepakatan yang tidak jelas dengan bank-bank negara dan perusahaan di bawah kempen pelaburan Pre­siden Xi Jinping – BRI.

Kajian tersebut menunjukkan, ini me­nye­babkan puluhan negara ber­pendapatan rendah terikat dengan hutang yang ‘tidak ter­­masuk dalam imba­ngan ke­wangan mereka’.

China melabur lebih AS$843 bilion (RM3.5 triliun) untuk membina jalan raya, jambatan, pelabuhan dan hospital di 163 negara sejak program itu diumumkan pada 2013, termasuk banyak negara di seluruh Afrika dan Asia Tengah.

Hampir 70 peratus daripada peruntukan itu dipinjamkan ke bank atau usaha sama antara perusahaan China dan rakan kongsi tempatan di negara-negara yang sudah sangat ter­hutang budi kepada Beijing, je­las Pengarah Eksekutif AidData, Brad Parks kepada AFP.

“Banyak negara miskin tidak dapat membuat pinjaman, jadi (China) menjadi sangat kreatif,” katanya.

Jelasnya, pinjaman diberikan ke­pada ‘kumpulan orang se­lain pemerintah pusat’ te­tapi sering disokong oleh ja­mi­nan pemerintah untuk mem­bayarnya jika pihak lain tidak dapat berbuat demikian.

“Kontrak itu kabur dan pe­merintah sendiri tidak me­ngetahui nilai hutang kepada China,” katanya.

Hutang yang tidak dilaporkan itu bernilai kira-kira AS$385 bilion, menurut kajian itu.

AidData menyenaraikan 45 negara berpendapatan rendah dan sederhana yang kini mempunyai hutang kepada China, lebih tinggi daripada 10 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka.

RESPONS NEGATIF
Tingginya tingkat hutang ke China memicu respons negatif dalam masyarakat, seperti di Punjab, barat daya Pakistan.

Di sana, penduduk setempat mengatakan mereka mendapat sedikit keuntungan manakala militan melancarkan serangan yang bertujuan melemahkan pelaburan China.

“Banyak pemimpin asing yang awalnya bersemangat un­tuk mengikuti BRI, kini menangguhkan atau mem­ba­talkan projek infrastruktur Chi­na ke­rana bimbang ter­hadap hutang berpanjangan,” kata Parks.

AidData mendapati, pinjaman Beijing menuntut kadar faedah yang tinggi dan tempoh pembayaran lebih pendek.

Parks berkata, BRI ‘bukan skim besar untuk membangun pakatan’, seperti digambarkan oleh Beijing, melainkan Chi­na ‘memburu projek me­ng­untungkan’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya