fbpx

Mumia Khuwy guna pengawetan canggih

SAINTIS memeriksa mumia Khuwy yang ditemukan pada 2019. – NATIONAL GEOGRAPHIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Penemuan jasad mumia Khuwy mendedahkan orang Mesir Kuno sudah menggunakan kaedah pengawetan canggih 1,000 tahun lebih awal daripada dijangkakan.

Bukti baharu itu akan memberi kesan terhadap penulisan semula buku-buku sejarah.

Lapor The Guardian, jasad mumia bangsawan berpangkat tinggi diawet itu yang ditemukan 2019, didapati jauh lebih lama berbanding jangkaan sebelum ini.

Jasad mumia Khuwy malah merupakan antara mumia Mesir paling tua pernah ditemukan.

Mumia yang dipercayai berasal dari kerajaan lama Mesir itu membuktikan teknik pengawetan adalah sangat maju kira-kira 4,000 tahun lalu.

Ketua Mesirologi dari Universiti Amerika di Kaherah, Prof. Salima Ikram berpandangan semua buku mengenai pengawetan mumia dan sejarah kerajaan lama Mesir perlu diubah semula sekiranya jasad mumia Khuwy berasal dari kerajaan lama.

“Ini akan mengubah pemahaman kita sepenuhnya mengenai evolusi pengawetan mumia.

“Bahan-bahan yang digunakan, asal-usul dan laluan perdagangan berkaitan dengannya akan mempengaruhi pemahaman kita mengenai kerajaan lama Mesir.

“Sehingga kini, kami menyangka pengawetan mumia dari kerajaan lama Mesir agak mudah dengan proses pengeringan asas dan hanya pengeluaran organ dalaman,” katanya. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI