MUI kesal media asing sifatkan laungan azan di Indonesia sebagai pencemaran bunyi - Utusan Malaysia

MUI kesal media asing sifatkan laungan azan di Indonesia sebagai pencemaran bunyi

KAKITANGAN masjid memeriksa pembesar suara di sebuah masjid di Jakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menzahirkan rasa kesal dan sedih terhadap laporan media asing yang menyifatkan laungan azan menggunakan pembesar suara di negara ini sebagai ‘satu pencemaran bunyi’.

Setiausaha Agung MUI, Amirsyah Tambunan berkata, laporan tersebut bersikap berat sebelah dan menyasarkan agama.

“MUI amat kesal dengan segelintir pihak yang menganggap azan sebagai bunyi bising dan mengganggu,” katanya kepada Suara.com.

Laporan tersebut juga mendakwa penduduk Jakarta takut untuk membuat aduan berhubung bunyi azan yang dikatakan terlalu kuat kerana mereka bimbang akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sehubungan itu, Amirsyah menegaskan, media asing tidak seharusnya membuat kesimpulan melulu, terutamanya mendakwa ada penduduk yang tidak boleh tidur kerana terganggu dengan laungan azan.

Katanya, Dewan Masjid Indonesia (DMI) sudah menetapkan peraturan mengenai tahap bunyi pembesar suara yang digunakan untuk laungan azan.

“DMI menetapkan, pembesar suara masjid hanya dibuka untuk laungan azan 10 minit sebelum waktu Subuh dan ditutup selepas itu,” ujarnya.

Terdahulu, media asing melaporkan, seorang penduduk Jakarta yang dikenali sebagai Rina memberitahu dia akan terjaga pukul 3 pagi setiap hari kerana terkejut dengan bunyi kuat pembesar suara masjid.

Laporan itu menyebut, Rina mengalami insomnia dan pada masa yang sama takut untuk membuat aduan kerana bimbang akan dipenjara atau diserang pihak tertentu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya